Menyedari kepentingan kanak-kanak dalam pembangunan negeri dan negara, Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025 telah dibangunkan untuk menjadi satu garis panduan yang menyeluruh demi memastikan golongan kanak-kanak di negeri ini menerima tumpuan sewajarnya, dipersiapkan untuk menghadapi cabaran masa kini dan mampu memainkan peranan yang lebih besar dalam tempoh mendatang.
Garis panduan yang dirangka ini adalah berpadanan dengan visi yang ditetapkan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang mengetengahkan golongan kanak-kanak sebagai salah satu golongan tumpuan utama.


Designed by Jabatan Teknologi Maklumat