ISU TERAS
1. Penglibatan dan peranan pemegang taruh yang tidak jelas
2. Konsep inklusiviti diperlukan dalam polisi dan inisiatif yang sedia ada
3. Kurang liputan konsisten dari pihak media berhubung isu kanak-kanak berkesinambungan
4. Kaedah penyelesaian masalah berhubung kanak-kanak yang tidak berstruktur
5. Kurang perhatian kepada kumpulan kanak-kanak yang terpinggir seperti pesalah juvana, pelajar tahfiz, anak yatim, Orang Asli, golongan ‘stateless’ dan ‘dropout’
MATLAMAT 1
Mewujudkan perancangan tersusun di peringkat kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu kesejahteraan kanak-kanak di negeri Selangor.
MATLAMAT 2
Memastikan isu dan perkembangan melibatkan kanak-kanak di negeri Selangor menerima perhatian masyarakat umum.
MATLAMAT 3
Memberi ruang kepada golongan kanak-kanak untuk diraikan atau dilibatkan dalam proses pelaksanaan dasar.
MATLAMAT 4
Menekankan sistem pengurusan yang efisien demi merancang program dan aktiviti yang bersesuaian dengan latar belakang segmen kanak-kanak di negeri Selangor
MATLAMAT 5
Mewujudkan mekanisme khas untuk membantu golongan kanak-kanak terpinggir dan berkeperluan khas
Designed by Jabatan Teknologi Maklumat