+603 5481 8800 | pertanyaan.yawas@gmail.com
DASAR PEMBANGUNAN KANAK-KANAK NEGERI SELANGOR DAN PELAN TINDAKAN 2022 – 2025

DOMAIN 1 - PERSEDIAAN KEIBUBAPAAN & PRA-KELAHIRAN

Image

ISU TERAS

1. Ibubapa kekurangan kesiapsiagaan dan kemahiran keibubapaan

2. Perhubungan renggang antara ibubapa dan anak-anak disebabkan kesibukan kerja

3. Ibubapa kekurangan sumber dan idea berkenaan perkembangan kanak-kanak



MATLAMAT 1

Mempersiapkan golongan belia dan anak muda yang bakal mendirikan rumah tangga di Selangor dengan sebaiknya.

MATLAMAT 2

Menyediakan sokongan dalam bentuk fasiliti yang bersesuaian terhadap ibubapa muda.

MATLAMAT 3

Memperbanyakkan komunikasi dan libat urus bersama bakal ibubapa serta mereka yang memiliki anak kecil untuk mengetahui isu dan masalah semasa.

MATLAMAT 4

Merangka garis panduan yang bersesuaian untuk melahirkan golongan ibubapa yang bertanggungjawab di negeri Selangor.

Domain berkaitan

© Yayasan Warisan Anak Selangor. YAWAS